The Malaysia Book of Records Danny Ooi

Pada tahun 1989, Danny mula mengumpulkan idea untuk mewujudkan satu buku rekod dengan apa yang akan dikenali sebagai The Malaysia Book of Records.[1] Ia merupakan projek yang dilancarkan sejajar dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi kempen "Malaysia Boleh!".[1]

Projek ini berjaya direalisasikan pada 11 Julai 1995 bermula dengan rekod kosong, pada 1998, edisi pertama MBOR telah diterbitkan dengan 1,200 penyertaan. Sehingga 2013, terdapat 4,000 rekod telah disimpan oleh MBOR.[1] MBOR meraikan ulang tahun ke-20 pada 2015.[3]